Tuesday, October 11, 2011

Karnival Sukan SK Tapah



Bermula pada 11 hingga 13 Oktober, SK Tapah akan menganjurkan karnival sukan dan permainan yang akan melibatkan pelajar tahun 1 hingga tahun 6. Kemuncak Karnival sukan ini adalah pada hari Khamis 13 Oktober 2011. Antara permainan yang akan dipertandingkan adalah bola sepak, bola baling, sepak takraw, badminton, bola jaring dan sukaneka bagi peajar tahap 1. Para pelajar terpilih akan mewakili rumah masing-masing bagi menentukan pemenang antara rumah merah, biru dan kuning pada tahun ini.


Tahniah SK Tapah Juara Bola Baling Daerah Hulu Terengganu



Tahniah kepada para Peserta dan jurulatih, tidak lupa kepada pihak pengurusan sekolah kerana memberikan komitmen menaikkan sukan sekolah. Keringat kalian telah terbalas dengan kemenangan ini. Terima kasih juga kepada para penyokong yang telah datang memberikan semangat kepada pasukan SK Tapah.