SEJARAH / PENGASAS SEKOLAH

SEJARAH

Diperingkat awal penubuhannya,sekolah ini hanyalah sebuah sekolah rakyat. Bangunan sekolah cuba sebuah bangsal kecil yang dibina secara gotong-royong oleh penduduk kampung. Jumlah murid ketika itu adalah sekitar 18 orang dengan seorang guru rakyat iaitu En. Ismail b. Abbas.

Sekolah ini dirasmikan penubuhannya pada 21 Julai 1954 oleh Tuan Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganu. Memandangkan Kampung Tapah ini adalah sebuah kampung kecilyang kurang berkembang dari segi pertambahan penduduknya,bilangan anak-anak yang bersekolah di sini tidak meningkat.

Diantara tahun 1954 hingga 1986, jumlah murid disekolah ini adalah sekitar 18 hingga 56 orang sahaja. Setelah wujudnya Tanah Rancangan Bukit Kepah (FELCRA) pada pertengahan tahun 80'an barulah jumlah murid disekolah ini meningkat dari tahun ke tahun.

Memandangkan perkembangan dan keperluan pendidikan yang kian pesat menyebabkan pihak sekolah bersama PIBG sekolah ini telah mendesak kerajaan supaya membina bangunan kekal.

Akhirnya pihak kerajaan telah meluluskan pembinaan dua blok bangunan empat tingkat yang bermula pada tahun 2002 dan diduduki pada 2004. Blok bangunan empat tingkat ini meliputi semua kemudahan dari ruang pejabat, kelas, perpustakaan, bilik guru, bilik mesyuarat, bilik kesihatan, surau, bilik sains, bilik kemahiran hidup, bilik muzik, bilik akses Bahaa Inggeris, bilik agama, bilik komputer, bilik kaunseling, bilik buku teks dan bilik khas lain. Semua kelengkapan juga telah disediakan dan ini menambah keselesaaan para guru serta murid untuk menimba ilmu di SK Tapah dengan keadaan yang kondusif.

Kini warga SK Tapah terdiri dari 19 orang guru (7 guru lelaki dan 12 guru perempuan), 177 orang murid dan 3 orang staff sokongan bagi melicinkan urusan pentadbiran di pejabat dan bantuan teknikal.

PENGASAS DAN SENARAI GURU BESAR SK TAPAH
( 1954 HINGGA SEKARANG )

Sekolah Rakyat Kampung Tapah telah diasaskan oleh Guru Besar yang pertama iaitu En. Ismail b. Abbas. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1937 di kampung Dusun yang terletk kira-kira 11 kilometer dari Kampung Tapah.

Mengikut apa yang telah tercatat dalam rekod sekolah, beliau mula mengajar di sekolah ini pada 24 Julai 1954. Setelah dua tahun bertugas, beliau telah bertukar ke sekolah-sekolah di sekitar Hulu Terengganu. Diantaranya SK Pereh, SK Betong dan SK Lubuk Periuk.

Pada akhir tahun 1992, beliau telah bersara dalam bidang pembelanjaran di SK Lubuk Periuk dan menetap di Kampung Lubuk Periuk.