Mesyuarat KOKO yang telah dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar bersama Cikgu Fauzi selaku PKKO telah dijalankan dengan jayanya. Selamat menjalankan tugas yang telah diberikan mengikut perancangan yang telah dibincangkan.
15/1/2012, Perlawanan pin pong zon KDSR 2 telah dijalankan di Dewan Kampung Butut. SK Tapah telah menyertai pertandingan tersebut dengan penyertaan dari adik Alif dan adik Syikin dalam acara perseorangan. Adik Alif telah berjaya menempakan diri ke pusingan suku akhir manakala adik Syikin telah berjaya melangkahkan kaki ke pusingan separuh akhir. Adik Syikin akan mewakili zon KDSR 2 di peringkat daerah nanti.. Tahniah dan syabas untuk semua...
29 Dis 2011 (khamis) pada pukul 8pagi hingga 10pagi. Guru terlibat: Tahun 1: Cg Rohani Tahun 2: Cg Yussazri Tahun 3: Cg Zulkiflie Tahun 4: Ustzh Ernie Tahun 5: Ustzh Rohaiza Tahun 6: Cg Tuan Mohd Zul
Semua guru tang terlibat diharap dapat lapor diri seawal yang boleh di pejabat sekolah. Terima kasih.
Bermula pada 11 hingga 13 Oktober, SK Tapah akan menganjurkan karnival sukan dan permainan yang akan melibatkan pelajar tahun 1 hingga tahun 6. Kemuncak Karnival sukan ini adalah pada hari Khamis 13 Oktober 2011. Antara permainan yang akan dipertandingkan adalah bola sepak, bola baling, sepak takraw, badminton, bola jaring dan sukaneka bagi peajar tahap 1. Para pelajar terpilih akan mewakili rumah masing-masing bagi menentukan pemenang antara rumah merah, biru dan kuning pada tahun ini.
Tahniah kepada para Peserta dan jurulatih, tidak lupa kepada pihak pengurusan sekolah kerana memberikan komitmen menaikkan sukan sekolah. Keringat kalian telah terbalas dengan kemenangan ini. Terima kasih juga kepada para penyokong yang telah datang memberikan semangat kepada pasukan SK Tapah.
Telah diadakan di Awang Resort, Dungun dengan kerjasama mantap dari semua kakitangan sekolah sebagai persediaan terakhir bagi para pelajar tahun 6 menempuh peperiksaan UPSR yang bakal mendatang.