Thursday, February 16, 2012

Tetamu khas tanpa disedari.....


SK Tapah didatangi tetamu yang tanpa disedari membuat kunjungan. Ia telah hinggap di blog pentadbiran sekolah.. Berikut adalah serba sedikit maklumat yang berguna kapada kita...

Burung Pungguk Jelapang
(Tyto alba javanica ) atau dipanggil sebagai "Barn Owl" dalam bahasa Inggeris merupakan sejenis burung pemangsa dari keluarga Tytonidae yang terdapat di Malaysia. Burung ini juga di panggil sebagai "Burung Hantu" dan "Burung Hantu Kubur" tetapi dalam bidang pertanian lebih sesuai dipanggil sebagai Burung Pungguk Jelapang Padi (BPJP). Pada masa kini BPJP telah dijadikan sebagai sejenis burung yang sangat berguna dalam bidang pertanian terutama dalam industri Kelapa Sawit dan Industri Tanaman Padi. Burung ini sangat praktikal dalam mengawal populasi tikus dalam kawasan kebun. Artikel ini penulis berkongsi maklumat mengenai burung pungguk jelapang berdasarkan kepada pemerhatian, pembacaan dan pengalaman penulis dalam menjalankan aktiviti pengembangan semasa bertugas sebagai pegawai pertanian di beberapa daerah di Johor.
Burung Pungguk merupakan sejenis burung yang berwarna pucat hitam kecoklatan, mempunyai sayap yang lebar (85 - 90 cm), kaki kuat (35-40 cm panjang), mempunyai kuku yang tajam untuk mencekup mangsa dan sepasang mata yang bulat besar. Burung ini mempunyai paruh yang tajam dan matanya mampu melihat mangsa dengan jelas pada waktu malam tetapi kabur pada siang hari. Penulis mula2 takut untuk memegang burung ini kali pertama ketika memeriksa sarang BPJP di Sawah Air Papan, Mersing pada tahun 1997 tetapi akhirnya OK juga. Kelebihan burung ini atau yang UNIK ialah kemampuannya untuk berpusing kepalanya macam 360 darjah!

Taburan populasi burung ini terdapat diseluroh benua didunia kecuali di kawasan kutub yang sangat sejuk. Warna burung dikawasan sejuk agak cerah keputihan berbanding dengan warna pungguk dikawasan tropika. Makanan utama burung BJP adalah jenis Tikus (Rodentia), katak dan serangga. Burung ini tidak mampu membuat sarang sendiri seperti burung-burung terbang yang lain dan terpaksa mencari perlindungan seperti bumbung rumah, lubang2 pada pokok dan sebagainya untuk tinggal dan membiak. Sifatnya burung pungguk yang tinggal berpasangan untuk bertelur dan membiak dengan kemampuan bertelur antara 4-6 ekor sekali menunjukkan ianya jenis "Familiy" juga.

Maklumat mengenai penggunaan Burung Pungguk sebagai Pemangsa untuk mengawal populasi tikus telah dilaksanakan di Malaysia seawal tahun 1969. Kebanyakkan spesies burung pungguk yang ada di Malaysia dipercayai berasal daripada kawasan Sumatera atau Pulau Jawa dan mempunyai jangkahayat hidup lingkungan 8-10 tahun. Kajian penulis mendapati dikawasan ladang kelapa sawit burung ini hidup liar secara semulajadi untuk makan tikus disekitar ladang sawit. Kini kebanyakkan ladang sawit di Malaysia telah memasang sarang burung pungguk yang diperbuat dari kotak kayu, kotak zink atau Kotak plastik sebagai sarang yang diletakan di kawasan tinggi yang strategik. Burung BJP mampu makan antara 80-120 gram makanan atau kira-kira 1-2 ekor tikus satu malam.

No comments:

Post a Comment